fbpx

Manusia kuat dalam memikirkan alasan seperti tiada masa, tiada kemahiran (lagi) ataupun kekurangan duit. Ini semua alasan – alasan yang yang membuatkan anda ragu – ragu dari mengambil jalan sebagai usahawan, tetapi ia sepatutnya dilihat sebagai halangan untuk diatasi, bukannya sebab untuk mengalah. Jika anda berimpian untuk memiliki perniagaan sendiri, ia akan memerlukan banyak kerja, peluh, tangisan dan duit untuk menjadikannya satu realiti, tetapi jika anda memberatkan alasan berbandingkan impian, ia mungkin akan menghalang awak selama – lamanya.

Andakah anda membawa bebanan keusahawanan yang membunuh impian anda? Jika ya, ada beberapa cara untuk mengatasinya dan jadikan satu langkah lebih dekat untuk menjadi seorang usahawan. Ini antara beberapa perkara yang selalunya menghalang masa depan pemilik perniagaan kecil:

 

  1. KEENGGANAN MELEPASKAN KESTABILAN PEKERJAAN ANDA SEKARANG

Ada sebab kenapa lima tahun yang sebelumnya terdapat ramai usahawan yang memasuki bidang pasaran: Mereka kehilangan pekerjaan ( dan keselematan ) ketika “Great Recession”. Ia menjadi satu pengajaran kepada mereka yang memerlukannya kerana ia telah menjadi satu kebiasaan kepada mereka untuk bergantung dengan pihak keselamatan dan gaji yang stabil, sehinggakan mereka meletekkan perniagaan sendiri ke tepi ataupun usahakannya sebagai kerja sambilan. Anda tidak akan berjaya jika ada pekerjaan lain menghalang anda.

Sediakan diri, bina satu perancangan dan letakkan ke dalam notis anda. Kebanyakkan pelabur tidak akan melabur pada anda jika anda tidak mengambil langkah yang penting ini. Ia memang menakutkan tetapi jika anda tidak percaya akan diri sendiri, siapa lagi yang akan percaya pada anda?

 

 

  1. ANDA TIDAK MEMPUNYAI MODAL YANG CUKUP

Ingat ini: Tiada siapa mempunyai modal yang cukup apabila mereka memulakan perniagaan dan hanya beberapa sahajay yang bernasib baik dan mendapat pelabur yang baik. Jika anda mempunyai perancangan untuk berhenti kerja semasa anda, ia juga bermakna anda perlu berjimat dan rajin menyimpan duit sebanyak yang mampu. Anda mungkin perlu mengecilkan skop anda, usahakan bajet anda dengan serius dan ingat yang anda perlu melabur menggunakan wang sendiri sebelum mengharapkan orang melabur pada anda.

Setelah itu dilakukan, latih diri untuk menjadi kreatif – cari pinjaman perniagaan kecilan, kumpul dana dari orang ramai, minta pinjaman atau mohon geran dari keluarga dan rakan – rakan. Duit ada diluar sana, jika anda berkomited untuk mencarinya.

 

  1. ANDA MUNGKIN PERLU TUNGGU SEHINGGA (ISI TEMPAT KOSONG)

Remaja telah bergerak ke kolej, ibubapa anda telah menjaminkan kenaikkan pangkat mereka, anda telah habis ijazah — terdapat banyak kemungkinan yang anda boleh nantikan dan ini selalunya dijadikan alasan yang berterusan selama – lamanya. Tiada masa yang sempurna untuk memulakan perniagaan, sebagaimana tiada masa yang sempurna untuk membina rumah tangga. Tetapi lagi lama anda menunggu, lagi banyak tahun yang berkualiti untuk membina perusahaan berjaya berkurangan. Jatikan keusahawanan dalam kehidupan anda, bukan sekeliling kehidupan anda.

 

  1. ANDA TAKUT DENGAN KEGAGALAN

Lebih dari 90 peratus “startup” gagal. Jika anda masih membaca ini, jadi anda sedar yang anda mempunyai apa yang diperlukan untuk atasi ketakutan dengan kegagalan dan terus maju ke hadapan. Anda tidak semestinya harus berjaya dalam cubaan pertama, tetapi anda mungkin berjaya dalam cubaan yang kedua ( atau kelima ). Sediakan rancangan sandaran, belajar dari kesilapan dan jangan takut dengan keluk pembelajaran.

Apa yang menghalang anda daei menjadi usahawan dan apa yang anda akan lakukan tentangnya hari ini?

Join us and get your free website now!

Subscribe to our website to receive your own website for free.

You have Successfully Subscribed!