fbpx
  1. SIASAT PASARAN ANDA

Harga: RM 0 Lagi banyak masa anda melabur dalam mengenal pasti bukan sahaja pasaran sasaran anda, tetapi juga ciri – ciri yang akan menerangkan tentang jenis pembeli yang ideal untuk anda, lagi banyak anda mampu untuk :

  • Fokus usaha pemasaran dengan ketetapan seperti laser
  • Mengasah mesej – mesej pemasaran anda untuk menarik dan melibatkan pembeli.

Kumpulan yang hebat bukan sahaja mempelajari rancangan permainan mereka sendiri, mereka mengawasi langkah – langkah pesaing mereka supaya mereka dapat mencari peluang untuk mengalahkan mereka. Berlawan secara terus terang dengan pesaing pada tempat yang mereka mempunyai kemahiran akan menyebabkan kekalahan.  Sebaliknya, jika anda menggunakan masa untuk menganalisa persaingan anda untuk mencari kawasan kelemahan atau jurang pasaran mereka, anda akan menemui banyak peluang dimana perniagaan anda mampu membesar.

  1. Jadikan emel sebagai platform terpenting anda.

Harga: Dari RM 80 hingga 200 sebulan (sehingga 5 000 kenalan) melalui platform pemasaran emel

Pemasaran emel terletak diatas dalam senarai cadangan kami untuk perniagaan kecil dan yang baru bermula ialaha kerana ianya berkesan. Tidak kira industri mahupun saiz organisasi, pemasar sekitar dunia merujuk kepada pemasaran emel sebagai taktik yang mampu menghasilkan pulangan yang terbesar dalam bajet pemasaran yang dilabur. Bukan sahaja ianya berkesan, ia juga dikehendaki . Kajian selapas kajian telah membuktikan yang pengguna kebiasaannya mengatakan emel ialah saluran yang paling dipilih untuk komunikasi.

  1. Tambahkan kelajuan dalam penyediaan produk atau perkhidmatan anda.

Harga: RM 36 sebulan (atau kurang)

Lagi laju anda melibatkan diri dan menarik minat bakal pengguna anda, lagi bagus. Kebanyakkan pengguna sekarang lebih cendurung untuk mencari sesuatu perniagaan, produk mahupun perkhidmatan secara ‘online’. Malah, terdapat banyak kes di mana kaedah carian secara ‘online’ telah menggantikan kaedah tradisional sehinggakan pengguna akan berkemungkinan selesai ‘buyer’s journey’ mereka hanya dengan menghubungi penjual untuk informasi.

Pastikan laman web anda dapat mengesan jenis peranti yang digunakan oleh bakal pengguna untuk melayari laman web anda supaya mereka akan dapat akses maklumat dengan senang dan pantas. Membina versi fon yang boleh separa ubah suai untuk laman web anda boleh disiapkan dalam masa yang sekejap sahaja dan hanya untuk beberapa ringgit sebulan. Ia merupakan satu pelaburan yang amat berbaloi

  1. Optimalkan untuk menarik minat orang ramai

Harga: RM 0

Walaupun banyak pemilik perniagaan kecil menyatakan cara pemasaran terbaik mereka ialah melalui percakapan, ia sepatutnya bukan sebegitu. Berdasarkan ‘Major Purchase Shopper Study’ tahunan kedua GE Capital Retail Bank, semasa membuat pembelian besar – besaran, 81 peratus daripada pengguna akan pergi dalam talian sebelum pergi ke kedai dan akan makan masa dua hingga tiga bulan untuk mengumpul maklumat yang diperlukan untuk membuat sesuatu pilihan.

Malah Internet yang diakses melalui desktop, tablet atau telefon bimbit selalunya menjadi titik permulaan untuk mebuat pilihan bayaran dengan barang yang murah ataupun jenis – jenis perniagaan kecil yang pengguna akan kebarangkalian beli secara harian. Berdasarkan laporan Mobile Search Moments, apabila bab carian melalui telefon bimbit, lebih dari separuh (55 peratus) diakhiri dengan pertukaran dalam masa satu jam (Juga merupakan isi yang padu untuk melabur dalam reka bentuk laman web untuk telefon bimbit)

Sama ada produk atau perkhidmatan anda dijadikan barang mahal atau senang untuk dibeli, konklusinya sama: pemilik – pemilik perniagaan kecil dan usahawan – usahawan yang melakukan penyelidikan kata kunci dan membina laman web mereka mengikut ajaran search engine optimization (SEO) akan mendapat ganjaran dari enjin carian dengan SERP yang lebih berkesan (Search Engine Result Placement) dalam hasil carian. Dengan kata lain mereka akan dapat trafik laman web kerana senarai perniagaan mereka diletakkan betul – betul pada arah bakal pembeli yang menyelidik produk atau perkhidmatan mahupun yang mencari perniagaan secara online.

  1. Bersosial secara strategik

HARGA: RM164 – RM284 (Bergantung kepada apa yang tinggal dalam bajet RM400 anda!)

Jika anda melabur RM164 itu ke post yang disponsor pada Facebook ataupun Linkedln, anda boleh letakkan jenama, produk ataupun jenama anda di depan beribu ahli dari sasaran pembeli anda setiap bulan. Malah, pelaburan kecil dalam pasaran sosial boleh menghasilkan beratus pengikut baru dalam rangkaian sosial dan menambahkan trafik laman web, kesedaran jenama dan juga keuntungan yang boleh dijejak semula dari penglibatan awal di media sosial.

Oleh kerana populariti mereka dengan pengguna (Facebook) dan dengan pembeli perniagaan (Linkedln), platform sosial yang telah melakukan pertolongan besar kepada pemasar perniagaan kecil. Bukan sahaja mereka membenarkan anda menghadkan jumlah perbelanjaan untuk sponsorkan satu post atau halaman, mereka juga akan membina alatan yang membenarkan anda untuk memahami demografik untuk meletakkan iklan dan post secara terus dalam feeds individu yang bersesuaian dengan kriteria pembeli anda.

  1. Kuatkan Pasukan Anda

HARGA: RM0

Idea menubuhkan perkongsian secara informal dengan perniagaan lain dengan tujuan untuk sama – sama promosi atau memasar secara bekerjasama sangatlah membantu, terutama sekali untuk usahawan, pemilik yang baru bermula dan juga pemilik perniagaan kecil yang belum lagi membina pangkalan data kenalan yang besar. Berkongsi kenalan dan bekerja dengan pemilik perniagaan yang lain yang sasarn mereka hamper sama dengan anda mampu bantu membina kesedaran jenama anda — dan juga membesarkan organisasi anda — lagi cepat dari apa yang mampu buat dengan sendiri. .

Join us and get your free website now!

Subscribe to our website to receive your own website for free.

You have Successfully Subscribed!