fbpx
How Starbucks crushes it using omnichannel marketing

How Starbucks crushes it using omnichannel marketing

 

Even if you’re not a big fan of Starbucks, one thing you can learn from this giant is the ability to use omnichannel marketing effectively.

First off, what is omnichannel marketing?

Many companies have a blog, website and social media accounts but treat these as separate platforms, not focusing on consistent messaging or a seamless experience across each of these channels. Each channel is independent and separate from the others and works in a vacuum, each with its own strategy and goals. This is called multichannel marketing and it can create an impersonal and confusing experience.

Omnichannel marketing, on the other hand, takes into account the type of device a customer may use and the type of platform/channel they arrive at in order to craft an integrated experience, aligning objectives, design considerations, messaging and more across each device and channel. It actually focuses more on the customer/user instead of the channel and is more human-centric. It may try to make a person’s experience feel more complete or simple.

Remember, you can have all kinds of amazing digital tools and assets at your disposal but if your customers/clients do not perceive them as working together, you may be missing out.

So why has Starbucks been said to be one of the best out there when it comes to dealing with omnichannel marketing?

Starbucks, mobile and customer loyalty

The Starbucks rewards app is where you can get a free rewards card that you can use whenever you buy something but there’s a twist. Starbucks actually makes it possible to check and reload your card through multiple means (such as the app, phone, and website) and when the card is changed in one channel, it gets updated in real-time across all channels. The Starbucks app streamlines the transaction process with order, pay, tipping and rewards tracking. Through a partnership with Spotify, customers can add/favorite the music playing during a visit to a Starbucks store through the Starbucks app. They can also influence the types of songs that Starbucks will play in the future.

Take a cue from Starbucks and start thinking about implementing an omnichannel marketing strategy in your business today.

 

In a world overwhelmed by a seemingly endless barrage of technology…

In a world where frustrated business owners can often find it hard to cope with the sheer number of apps, software, hardware and systems needed to survive the onslaught. On9bizheroes has heard the cries of the people, desperate for a hero to guide them. Your calls have been answered…

Contact us here to find out more.

 

 

Bagaimana Cara Untuk Membina Pasukan Yang Setia?

Bagaimana Cara Untuk Membina Pasukan Yang Setia?

Membina pasukan yang mempunyai semangat kesetiaan yang tinggi akan memberi impak kesemua benda dari budaya syarikat hingga ke jumlah akhir akaun syarikat. Tetapi, cara anda membina pasukan yang setia secara efektif memerlukan fokus, daya kepimpinan yang kuat dan pantas bertindak. Menurut Gallup Research, hanya 35% daripada pengurus Amerika Syarikat yang sebenarnya melibatkan diri dalam pekerjaan manakala 14% melakukan yang sebaliknya. Akibat daripada itu, ia akan menjatuhkan produktiviti perniagaan anda. Kenyataannya, Gallup mendapati bahawa hanya 30% pekerja A.S yang melibatkan diri dalam pekerjaan masing – masing.

Oleh itu, terdapat beberapa cara yang sangat berkesan untuk membina semangat sepasukan yang lebih setia dan berani menyahut cabaran dengan betul. Antaranya ialah seperti berikut:-

 

  • MEMBERI TUMPUAN DALAM LATIHAN

Sebagai seorang pekerja, mereka memerlukan lebih daripada manual pengguna ataupun mesyuarat bersama HR untuk menjadi “stand-out-players” didalam perniagaan anda. Mereka memerlukan input dan sumber untuk lebih berjaya dan faham didalam bidang mereka. Fokus dalam melatih mereka untuk menunjukkan komitmen anda terhadap kejayaan mereka sambil membina keyakinan mereka. Pekerja anda tidak akan boleh fokus malah memberi komitmen dalam pekerjaan, lagi – lagi nasib perniagaan anda tanpa bagaimana untuk teraju dalam pekerjaan mereka. Kesan daripada gagal memupuk keyakinan diri akan menyebabkan tertekan, kekecewaan dan melakukan pekerjaan secara minimum.

  • MELAYAN PEKERJA SEPERTI TETAMU

Steve DiFillippo, pemilik restoran dan juga penulis terkenal ini telah memberi contoh yang bagus dengan melayan pekerja serta  pelanggan mereka seperti tetamu. Polisi beliau adalah “melayan mereka seperti tetamu yang dihargai”. Beliau juga sentiasa menyediakan stok makanan untuk para pekerjanya. Itu salah satu cara untuk mereka makan bersama-sama. DiFillipo akan menyertai pekerjanya apabila beliau berada di restoran. Mereka ini akan merasakan diri mereka dihargai dan akan menyambung perkhidmatan pelanggan mereka.

  • MEMBERI GANJARAN UNTUK PRESTASI YANG MENINGKAT

Pekerja perlu tahu mereka ini sangat dihargai oleh majikan. Berikan ganjaran kepada pasukan anda untuk prestasi cemerlang mereka dan memberitahu pekerja lain sama ada didalam mesyuarat, ‘company newsletter’ dan lain-lain. Contohnya, memberi mereka cuti tambahan, pemilihan projek akan datang, jemputan sesi memberi idea bersama kamu atau yang bersesuaian. Kesimpulannya, pekerja ini akan sentiasa mengingati kebaikan anda, dan membalasnya dengan kejujuran dan kesetiaan semasa bekerja.

  • HORMATI MASA PERIBADI

Ingat! Jangan ganggu pekerja anda semasa mereka berada diluar pada waktu bekerja. Jangan letakkan mereka di situasi yang melibatkan mereka memilih antara keluarga ataupun pekerjaan tanpa memikirkan kesengsaraan mereka apabila mereka tidak hadir bekerja. Meminta pekerja untuk pulang lewat, meminta untuk bekerja pada hujung minggu, menghubungi mereka pada waktu siang dan malam serta merungut mengenai rehat tidak akan memenangkan kesetiaan anda.

Jadi, biarkan pekerja anda mengetahui bahawa anda menghormati masa mereka tetapi mereka juga harus mengetahui apa yang anda harapkan daripada mereka. Semakin anda menunjukkan bahawa anda menghormati masa peribadi dan percaya akan keputusan mereka, semakin semangat mereka untuk meningkatkan mutu hasil pekerjaan mereka dengan harapan anda menghormati masa mereka.

  • KOMUNIKASI YANG LEBIH TERBUKA

Omaha Steaks mendapat reputasi sebagai tempat kerja yang mempunyai undang-undang pekerja setia malah ada juga beberapa yang telah ada untuk beberapa generasi di situ. Tetapi, bukanlah sebab mendapat makanan percuma sahaja yang membuatkan mereka kekal disitu, mereka juga telah mendapat faedah yang membuatkan mereka gembira bekerja disana. Pemilik generasi kelima, Todd Simon mengatakan yang nepotisme itu bukanlah sesuatu yang buruk di syarikatnya. Baginya, daya kepimpinan menggalakkan pekerja – pekerja untuk datang dan pulang bersama sebagai satu unit yang padu.

      Ohama Steak juga memberi tumpuan kepada komunikasi terbuka dan merancang mesyuarat tahunan untuk membincangkan idea baru dan melibatkan pekerja dalam proses itu. Gabungan daripada pasukan yang rapat dan komunikasi yang baik ini dapat mewujudkan syarikat dengan budaya kesetiaan.

  • MEMBERI SOKONGAN AUTOMONY

Autonomi ialah sesuatu perkara yang memberi manfaat. Salah satu dasar pengurusan Google yang paling terkenal adalah 20% Time Policy. Idea ini adalah untuk para pekerja supaya meluangkan masa sebanyak 20% untuk memberikan tumpuan untuk membantu menaikkan syarikat. Ternyata, idea ini sangat ideal untuk terus maju dari masa ke masa dan ia merupakan sebahagian daripada kebudayaan syarikat mereka.

Anda boleh menggunakan idea daripada syarikat Google ini untuk menempah kejayaan anda dengan hanya 20% daripada masa bekerja anda. Berikan semangat autonomi kepada pekerja anda untuk mendorong mereka lebih bertindak ke arah matlamat yang produktif. Beritahu pekerja anda tentang polisi kerja yang anda tubuhkan. Sekurang -kurangnya, mereka tahu untuk bekerja lebih cekap.

Untuk membina pasukan yang lebih setia, anda perlu menjadi seorang ketua yang berwibawa. Yang boleh dijadikan contoh kepada anak buah anda. Semoga berjaya!

 

-THANK YOU-

Mengukur Saiz Pasaran Adalah Kunci Utama Kejayaan ‘Startups’

Mengukur Saiz Pasaran Adalah Kunci Utama Kejayaan ‘Startups’

Pemasaran atau “marketing”, adalah satu proses yang merangkumi penciptaan strategi yang bertujuan untuk meluaskan dan mengekalkan dasar pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi.

Dalam artikel ini, kita akan menjelajahi pelbagai pemasaran untuk meningkatkan jualan bagi perniagaan anda.

  • Bakal Pembeli

Sebagai usahawan, kita perlu mengenal pasti siapakah bakal pembeli kita. Justeru itu, kita boleh menentukan dan menyediakan produk dan perkhidmatan yang selari dengan keperluan dan keinginan mereka. Kita perlu mempunyai anggaran yang adil dan munasabah mengenai pembeli yang berpotensi untuk membeli produk atau perkhidmatan kita. Mendapatkan kehadiran pembeli sekarang dalam industri boleh membawa anda kepada bakal pembeli untuk perniagaan anda.

  • Bersedia untuk membayar

Anda adalah peneraju yang baru berkecimpung didalam dunia perniagaan. Ramai peniaga bertungkus-lumus untuk mendapatkan tempat di pasaran. Namun, anda mampu memenangi hati bakal pelanggan anda dengan memastikan produk atau perkhidmatan anda memenuhi kriteria tertentu melalui beberapa persoalan mengenai produk atau perkhidmatan yang anda sediakan.

Di antaranya ialah:

  • – Adakah pelanggan mampu membayar untuk melanggan produk dan perkhidmatan anda?
  • – Adakah nilai mutu suatu produk atau perkhidmatan sepadan dengan kos untuk melanggannya?
  • – Adakah pendapatan pelanggan menyokong pembayaran mereka?

 

  • Pembangunan yang lalu

Pembangunan masa lalu berfungsi sebagai sumber yang hebat untuk menjangkakan trend masa depan. Ini membantu anda untuk mengetahui sama ada bilangan pengguna yang menggunakan produk atau perkhidmatan dalam masa setahun bertambah atau berkurangan.

Sekarang ini, fahaman asas yang salah yang dibuat oleh kebanyakan ‘startup’ adalah sama ada untuk menyasarkan pasaran yang besar ketika anda sedang membangun atau melakukannya secara perlahan – lahan dan berperingkat. Mempunyai pemahaman umum tentang pasaran dan kemudian menyasarkan pasaran besar sebenarnya lebih memudahkan perkara.

  • Tawaran nilai

Tawaran nilai banyak menentukan sasaran kumpulan dan asas pelanggan anda. Dengan mempunyai kefahaman asas tentang anggaran pemasaran membantu langkah pertama anda dalam pasaran. Selain mengenali bakal pembeli, ia juga membantu anda mendapatkan beberapa pandangan berkenaan dengan penambahbaikan yang boleh menarik bakal pembeli itu untuk membeli.

-terima kasih-

10 Tips Perniagaan Maju!

10 Tips Perniagaan Maju!

“Jualan adalah penyelesaian kepada semua masalah. Antara pengajaran yang paling mendalam sepanjang perniagaan saya ialah melabur. Anda perlulah melabur selaras dengan pertumbuhan syarikat anda. Mungkin anda jarang dengar perniagaan berjaya tanpa meminjam beberapa modal atau pinjaman. Sekiranya anda sedang perjuangkan perniagaan anda, ia seharusnya bersifat intuitif (firasat) jika anda menghabiskan masa banyak pada jualan.

Melabur dalam jualan bermula dengan diri anda sendiri. Anda tidak boleh menjadi seorang ketua dan tidak akan faham proses jualan dalam dan luar. Usahawan yang terbaik ialah usahawan yang menjual produk mereka dan merupakan orang yang pertama yang memegang penjual terbaik di syarikat.”- Mark Cuban.

Ikuti 10 Tips Perniagaan di bawah. Selamat mencuba…..

 

1) SENARAIKAN PERKARA YANG DILARANG DILAKUKAN

Anda sebagai ketua syarikat, anda perlu memastikan beberapa perkara yang TIDAK BOLEH dilakukan oleh pekerja dan anda sendiri. Apabila anda menjadi seorang usahawan, anda perlu berhenti melakukan perkara yang anda sukai dan lakukan perkara yang penting terlebih dahulu untuk disiapkan.

 

2) LAKUKAN PERKARA YANG SUSAH DAHULU

Senaraikan perkara yang perlu anda lakukan mengikut keutamaan yang utama. Jika tidak, anda bakal menghadapi banyak kerja yang tertangguh dan anda tidak suka melakukannya. Kemudian anda akan membenci kehidupan anda, lalu hanya ingin berada di atas katil anda. Dan perniagaan anda mungkin gagal.

 

3) LANTIK PEKERJA YANG TERBAIK

Buat kajian perkara ini terlebih dahulu. Ini adalah salah satu cabaran didalam dunia perniagaan. Melabur pada pasukan yang tepat akan menjadi salah satu pelaburan terbaik yang anda pernah lakukan. Kerana apa? Nahhhhh, kerana anda bakal melihat sisi kejayaan dan kegagalan syarikat. Ia seolah-olah mustahil untuk mencari pekerja yang bagus, tetapi percayalah jika anda tidak memilih pasukan yang bagus, anda bakal mengalami kerugian.

 

4) DAPATKAN JUALAN YANG BAGUS

Anda tidak perlu menjual tetapi anda perlu FAHAM konsep dan prosesnya. Kerap berjumpa atau bertanya dalam kumpulan antara satu sama lain. Memahami situasi setiap seorang didalam kumpulan anda. Tetapkan matlamat dan “target” yang realistik untuk dicapai bersama.

 

5) MEMBUAT PELABURAN DIDALAM JUALAN

Pastikan semua pasukan anda mempunyai alat yang mereka perlukan. Alat jualan akan mempunyai salah satu ROI tertinggi bagi setiap aspek dalam perniagaan anda. Jadi carilah pasukan yang terbaik untuk menjadi sebuah pasukan yang hebat.

 

6) BELAJAR TANPA HENTI

Anda tidak tahu apa yang anda tidak tahu. Jika ada berusaha didalam perniagaan, maka anda akan mengetahui dunia perniagaan. Belajarlah setiap hari. Tiada yang senang untuk dibelajar dan dicapai. “Have an area you don’t feel strong in?” cari tajuk ini didalam Udemy. Belilah 3 buku teratas tentang kerjasama didalam pasukan.

 

7) GUNAKAN MASA UNTUK SELESAIKAN MASALAH ORANG

Jika anda mampu menyelesaikan masalah seseorang, maka mereka akan bergantung kepada anda dan memberitahu kepada orang lain. Jika anda menyelesaikan masalah seseorang, maka kemungkinan orang lain mempunyai masalah ini dan kini anda hanya perlu memberitahu orang mengenainya.

 

8) HENTIKAN RANGKAIAN JUAL-BELI

Terdapat banyak artikel tentang betapa pentingnya acara, majlis pertemuan dan rangkaian untuk seorang usahawan. Untuk mereka yang ada didalam majlis tersebut, mereka sangat hebat. Jika saya dipaksa untuk memilih antara menjual atau mendapat keuntungan daripada rangkaian, saya akan memilih untuk menjual sepanjang masa. Jika anda pandai menjual, anda tidak akan pernah gagal.

 

9) CARI SOKONGAN

Berjumpa dan luangkan masa bersama usahawan yang lain. Perniagaan di dalam semua kategori cenderung untuk mempunyai masalah yang sama dan jalan penyelesaiannya hampir sama. Berkongsi ilmu dan jadi sumber kepada orang lain.

 

10) BEREHAT

Usahawanan adalah laluan yang amat menekankan. Jika anda seorang yang mudah berputus asa, maka berehatlah seketika. Jangan bekerja sehingga 7 hari seminggu. Ambil cuti sehari. Manfaatkan peluang dengan mengambil udara yang segar diluar dan melakukan sedikit senaman. Jaga kesihatan diri anda. Anda perlu berehat untuk menjadi yang terbaik. Jika anda tidak lakukan ini, anda seperti menipu diri anda dalam berfikir bekerja 80 jam seminggu adalah satu tindakan yang produktif dan akhirnya anda terhempas lelah!

 

Kesimpulannya, anda perlu sentiasa berusaha dalam memastikan perniagaan anda kekal utuh dan stabil. Ikuti 10 tips ini untuk perniagaan anda. Semoga berjaya. Terima kasih.

 

6 Cara Untuk Memasarkan Perniagaan Kecil Anda Dengan Kurang Dari RM400

6 Cara Untuk Memasarkan Perniagaan Kecil Anda Dengan Kurang Dari RM400

  1. SIASAT PASARAN ANDA

Harga: RM 0 Lagi banyak masa anda melabur dalam mengenal pasti bukan sahaja pasaran sasaran anda, tetapi juga ciri – ciri yang akan menerangkan tentang jenis pembeli yang ideal untuk anda, lagi banyak anda mampu untuk :

  • Fokus usaha pemasaran dengan ketetapan seperti laser
  • Mengasah mesej – mesej pemasaran anda untuk menarik dan melibatkan pembeli.

Kumpulan yang hebat bukan sahaja mempelajari rancangan permainan mereka sendiri, mereka mengawasi langkah – langkah pesaing mereka supaya mereka dapat mencari peluang untuk mengalahkan mereka. Berlawan secara terus terang dengan pesaing pada tempat yang mereka mempunyai kemahiran akan menyebabkan kekalahan.  Sebaliknya, jika anda menggunakan masa untuk menganalisa persaingan anda untuk mencari kawasan kelemahan atau jurang pasaran mereka, anda akan menemui banyak peluang dimana perniagaan anda mampu membesar.

  1. Jadikan emel sebagai platform terpenting anda.

Harga: Dari RM 80 hingga 200 sebulan (sehingga 5 000 kenalan) melalui platform pemasaran emel

Pemasaran emel terletak diatas dalam senarai cadangan kami untuk perniagaan kecil dan yang baru bermula ialaha kerana ianya berkesan. Tidak kira industri mahupun saiz organisasi, pemasar sekitar dunia merujuk kepada pemasaran emel sebagai taktik yang mampu menghasilkan pulangan yang terbesar dalam bajet pemasaran yang dilabur. Bukan sahaja ianya berkesan, ia juga dikehendaki . Kajian selapas kajian telah membuktikan yang pengguna kebiasaannya mengatakan emel ialah saluran yang paling dipilih untuk komunikasi.

  1. Tambahkan kelajuan dalam penyediaan produk atau perkhidmatan anda.

Harga: RM 36 sebulan (atau kurang)

Lagi laju anda melibatkan diri dan menarik minat bakal pengguna anda, lagi bagus. Kebanyakkan pengguna sekarang lebih cendurung untuk mencari sesuatu perniagaan, produk mahupun perkhidmatan secara ‘online’. Malah, terdapat banyak kes di mana kaedah carian secara ‘online’ telah menggantikan kaedah tradisional sehinggakan pengguna akan berkemungkinan selesai ‘buyer’s journey’ mereka hanya dengan menghubungi penjual untuk informasi.

Pastikan laman web anda dapat mengesan jenis peranti yang digunakan oleh bakal pengguna untuk melayari laman web anda supaya mereka akan dapat akses maklumat dengan senang dan pantas. Membina versi fon yang boleh separa ubah suai untuk laman web anda boleh disiapkan dalam masa yang sekejap sahaja dan hanya untuk beberapa ringgit sebulan. Ia merupakan satu pelaburan yang amat berbaloi

  1. Optimalkan untuk menarik minat orang ramai

Harga: RM 0

Walaupun banyak pemilik perniagaan kecil menyatakan cara pemasaran terbaik mereka ialah melalui percakapan, ia sepatutnya bukan sebegitu. Berdasarkan ‘Major Purchase Shopper Study’ tahunan kedua GE Capital Retail Bank, semasa membuat pembelian besar – besaran, 81 peratus daripada pengguna akan pergi dalam talian sebelum pergi ke kedai dan akan makan masa dua hingga tiga bulan untuk mengumpul maklumat yang diperlukan untuk membuat sesuatu pilihan.

Malah Internet yang diakses melalui desktop, tablet atau telefon bimbit selalunya menjadi titik permulaan untuk mebuat pilihan bayaran dengan barang yang murah ataupun jenis – jenis perniagaan kecil yang pengguna akan kebarangkalian beli secara harian. Berdasarkan laporan Mobile Search Moments, apabila bab carian melalui telefon bimbit, lebih dari separuh (55 peratus) diakhiri dengan pertukaran dalam masa satu jam (Juga merupakan isi yang padu untuk melabur dalam reka bentuk laman web untuk telefon bimbit)

Sama ada produk atau perkhidmatan anda dijadikan barang mahal atau senang untuk dibeli, konklusinya sama: pemilik – pemilik perniagaan kecil dan usahawan – usahawan yang melakukan penyelidikan kata kunci dan membina laman web mereka mengikut ajaran search engine optimization (SEO) akan mendapat ganjaran dari enjin carian dengan SERP yang lebih berkesan (Search Engine Result Placement) dalam hasil carian. Dengan kata lain mereka akan dapat trafik laman web kerana senarai perniagaan mereka diletakkan betul – betul pada arah bakal pembeli yang menyelidik produk atau perkhidmatan mahupun yang mencari perniagaan secara online.

  1. Bersosial secara strategik

HARGA: RM164 – RM284 (Bergantung kepada apa yang tinggal dalam bajet RM400 anda!)

Jika anda melabur RM164 itu ke post yang disponsor pada Facebook ataupun Linkedln, anda boleh letakkan jenama, produk ataupun jenama anda di depan beribu ahli dari sasaran pembeli anda setiap bulan. Malah, pelaburan kecil dalam pasaran sosial boleh menghasilkan beratus pengikut baru dalam rangkaian sosial dan menambahkan trafik laman web, kesedaran jenama dan juga keuntungan yang boleh dijejak semula dari penglibatan awal di media sosial.

Oleh kerana populariti mereka dengan pengguna (Facebook) dan dengan pembeli perniagaan (Linkedln), platform sosial yang telah melakukan pertolongan besar kepada pemasar perniagaan kecil. Bukan sahaja mereka membenarkan anda menghadkan jumlah perbelanjaan untuk sponsorkan satu post atau halaman, mereka juga akan membina alatan yang membenarkan anda untuk memahami demografik untuk meletakkan iklan dan post secara terus dalam feeds individu yang bersesuaian dengan kriteria pembeli anda.

  1. Kuatkan Pasukan Anda

HARGA: RM0

Idea menubuhkan perkongsian secara informal dengan perniagaan lain dengan tujuan untuk sama – sama promosi atau memasar secara bekerjasama sangatlah membantu, terutama sekali untuk usahawan, pemilik yang baru bermula dan juga pemilik perniagaan kecil yang belum lagi membina pangkalan data kenalan yang besar. Berkongsi kenalan dan bekerja dengan pemilik perniagaan yang lain yang sasarn mereka hamper sama dengan anda mampu bantu membina kesedaran jenama anda — dan juga membesarkan organisasi anda — lagi cepat dari apa yang mampu buat dengan sendiri. .

Join us and get your free website now!

Subscribe to our website to receive your own website for free.

You have Successfully Subscribed!