fbpx

Zoho mungkin tidak terkenal seperti Microsoft ataupun Google dan CRM (Pengurusan Hubungan Pelanggan) mereka mungkin tidak terbentang luas seperti Salesforce. Tetapi Zoho telah menjadi pesaing dalam lanskap CRM untuk beberapa tahun kerana ciri setnya yang kuar dan kesuluruhan kualiti dan utiliti.

Jika anda berada dalam pasaran untuk CRM perniagaan anda, Zoho ialah antara pesaing utama yang anda akan jumpa. Versi percumanya juga cukup ciri untuk dijadikan CRM yang anda memerlukan. Itu agak banyak dalam era perisian percuma. Oleh kerana kemungkinan ramai di dalam komuniti mungkin akan menggunakan Zoho untuk perniagaan mereka, kami fikir ianya satu idea yang bagus untuk membantu anda bersedia dan boleh berkerja dengan pantas.

Ayuh kita bermula!

Zoho CRM: Apakah yang ia lakukan?

Zoho melakukan banyak perkara. Hanya dengan berada di halaman arahan rasmi, anda akan mendapat pembantu AI bernama Zia (untuk pelan berbayar), pelbagai saluran alat komunikasi (termasuk live-chat, penjejakan/ mesej untuk pelawat laman web dan telephony), analasi mendalam tentang data dan metrik anda dan ketua pengurusan. Zoho mempunyai corong jualan tersendiri dan portal pelanggan/penjual untuk kumpulan dan individu.

Phew. Mereka menawarkan banyak benda.

Yang paling dashyat, CRM mereka hanya sebahagian dari kesuluruhan peralatan Zoho. Syarikat itu mempunya 60+ aplikasi yang boleh diintegrasikan jika anda kehendakinya. Oleh itu, anda boleh ikat, tambahkan dan memanjangkan CRM dalam pelbagai cara kumpulan anda memerlukan.

Memang Senang Untuk Bermula

Zoho membuatkan pendaftaran (dan kemasukan) betul – betul senang untuk anda. Jika anda menggunkan Google Apps untuk berkerja, anda boleh menggunakannya untuk daftar masuk (ataupun akaun Google biasa juga boleh). Atau anda boleh gunakan Linkedln. (Ia sepatutnya dititikberatkan yang log masuk pihak ketiga adalah hanya untuk akaun perniagaan. Tiada Facebook atau Twitter untuk dilihat). Anda juga boleh mendaftar dengan cara lama iaitu dengan emel dan kata kunci, yang sejujurnya memang senang.

Zoho memberi anda percubaan selama satu bulan untuk versi Enterprise sebaik sahaja mendaftar. Ianya memang bagus dan percubaannya mungkin akan membuatkan anda ingi mencari duit dalam bajet untuk naik taraf itu. Gambar dibawah ialah versi ulasan untuk halaman naik taraf mereka. Anda juga boleh lihat pengulasan terperinci tentang setiap peringkatnya dalam laman web Zoho.

Dashboard

Apabila anda pertama kali log masuk, anda akan dibentangkan dengan benda yang anda sudah biasa dengan, iaitu pop-up notifikasi pelayar. Saya sarankan untuk membenarkan benda ini kerana notifikasi CRM agak berguna.

Selepas itu selesai, anda dapat melihat segala papan pemuka itu. Anda bermula dengan metric – metric asas yang anda perlu daripada CRM: Open Tasks, Today’s Leads dan Closing This Month. Tanpa benda ini, anda tidak akan dapat merancangkan strategi jualan dan pemasaran anda. Zoho CRM tidak mengehadkan anda kepada itu sahaja. Tekan ‘+’ hijau di bawah belah kanan untuk buka Add Component modal dan pilih kotak yang lain dashboard anda perlukan

Jika itu tidak cukup pengubahsuaian, anda boleh tekan anak panah pada sisi kanan belah atas berdekatan nama anda untuk buka menu untuk melihat view klasik (hanya Today’s Events dan kalendar tugas). Menu itu juga boleh membawa anda ke halaman yang baru untuk anda membuat dan menyimpan pelbagai template dashboard. Kepada anda yang ada ahli kumpulan yang pandai boleh mengunakkan ciri ini dengan sepenuhnya.

 

Leads Zoho CRM

Leads adalah hati dan jiwa CRM. Mereka mewakili organisasi atau orang yang mungkin akan menjadi pelanggan. Mereka berbeza dengan kenalan (dimana kita akan perbincangkan nanti) dimana seseorang kenalan bukan seharusnya satu lead – tetapi mereka mungkin akan menghubungkan anda dengan satu. Sebagai contoh, Sarah Hah, pengurus media sosial di Not On The App Store, LLC mungkin kenalan anda. Penyelianya, Darlene Connor, mungkin lead yang anda akan berurusan dengan. Jadi Darelene menjadi lead anda.

Anda boleh mendapat lead anda ke dalam CRM dengan beberapa cara yang berbeza, tetapi cara yang paling senang ialah mulakan dengan import terus. Gunakan file yang dieksport oleh kebanyakkan major CRM (Highrise, Salesforce, dll.) ataupun fail .CSV. Anda boleh memasukkan semua informasi melalui tangan jika anda tiada eksport berguna. Atau jika anda ada bilangan leads yang kecil untuk bermula. Kebanyakkan perniagaan tidak akan menggunakan cara manual pada peringkat awal.

Selepas anda melepasi proses pemetaan tempat melalui wizard import (jika .CSV anda disediakan dengan betul, anda mungkin tiada masalah disini), Zoho akan tunjukkan halaman pengurusan ketua. Disini anda akan menapis, menyusun dan berinteraksi dengan orang – orang dan syarikat – syarikat dengan macam – macam cara yang anda kehendaki.

Selepas anda menekan butang All Leads, anda akan dapat menu penapis untuk menujukkakn senarai pratetap yang khusus dan di bawah, bahagian kiri. Selepas itu, laraskannya bagaimana anda kehendaki. Butang import berada di sisi kanan bahagian atasdan akan membawa ke skrin sebelumnya, sementara butang “+” bawa ke manual skrin mencipta utama.

Tidak kira bagaiman anda memasukkan informasi, mereka akan berakhir dibawah bahagian Leads. Semasa menekan dimana – mana nama lead, anda akan dibawa ke halaman profil mereka.

 

Berinteraksi dengan setiap ketua

Profile individu lead memastikan benda mengalir dengan licin semasa corong jualan. Walaupun begitu, anda tidak akan dapat buat banyak pada skrin. Anda mungkin akan menggunakan butang Send Email dan New Call paling banyak. Selepas menekan Send Email, Zoho CRM akan membuka ruangan emel sedia ada. Jangan risau tentang penjejakan ataupun sambungan pelayar. Ia ada di situ sahaja.Butang New Call sama ada boleh menepatkan masa atau membuang panggilan terus melalui telephony yang berada di pelayar anda sekali. Ia memang betul – betul berguna.

Anda juga boleh mencipta kerja – kerja baru dan acara pada calendar untuk lead yang tertentu, dimana ia akan ditambah secara automatik pada tempat – tempat yang sepatutnya didalam CRM – kalendar kumpulan, suapan aktiviti, senarai tugas – tugas dll. Seperti butang New Call juga, pautan Meet Now! Akan buka ruangan persidangan video baru. Peralatan VOIP sedia adalah seperti Zoom.us, Skype, dll. (Tetapi anda ada pilihan untuk menggunakan perisian pilihan anda.)

Selepas itu ada dua pautan yang paling penting dalam halaman: New Task dan New Event. Kenapa, anda tanya, benda ini lebih penting berbanding memanggil dan menghubungi ketua secara terus terang? Ia kerana yang itu tidak dihalakan melalui corong ketua. Itu matlamat anda, untuk sampai tahap dimana anda memerlukan peralatan itu, Events dan Tasks amat diperlukan

Task sudah terang lagi bersuluh. Ini adalah tindakan – tindakan tertentu yang perlu diambil dalam satu lead. Anda boleh tanda mereka sebagai not started, in progress, deferred, completed ataupun waiting on input. Mereka juga dilampirkan pada akaun – akaun tertentu dan ahli pasukan dengan kepentingan hierarki. Mereka akan muncul, seperti kebanyakkan tindakan, apabila tindakan lead/kenalan dirujukkan.

Events ialah Events ialah Events

Events lebih senanng berbanding dengan tugasan tetapi kepentingannya sama. Ianya acara – acara kalendar. Itu sahaja. Anda tidak akan mampu untuk memimpin kumpulan atau membuat jualan mahupun berkerja tanpanya. Benda ini juga berkait dengan ketua dan kenalan mahupun ahli kumpulan, malahan anda boleh mengajak sesiapa yang anda mahu. Lagi sekali, benda ini akan dirujuk setap kali penyertaan wujud didalam Zoho CRM.

Didalam profil lead itu sendiri, anda boleh meilhat bagaimana semuanya berinteraksi dan telah disenaraikan. Anda juga mempunyai pilihan – pilihan yang lain yang tersenarai sekeliling kepelbagaian tab dan bahagian CRM.

  1. Notes – Letakkan dokumen – dokumen yang hanya penting kepada nota itu tetapi bukan kepada profil itu sendiri. Permintaan khusus untuk projek, dll.
  2. Attachments – jangka panjang, dokumen yang diperlukan dan rekod yang berkaitan untuk sementara waktu.
  3. Open Activities – benda yang akan datang, tersenarai dan ditapis mengikut kemahuan anda dan dipisahkan mengikut jenis (acara, tugasan, panggilan, dll.)
  4. Closed Activities – Rekod benda yang anda atau kumpulan anda yang telah disiapkan.

 

Dari Lead ke Feed

Apa – apa yang anda atau kumpulan lakukan kepada ketua atau kenalan mahupun apa – apa yang berada di Zoho CRM akan muncul dibawah tab Feed. Semua benda yang saya telah lakukan pada profil lead sebelum ini dicerminkan dalam feed untuk dilihat oleh semua orang. Tetapi apabila anda berada dalam satu kumpulan dan menggunakan ini untuk CRM sebenar untuk perniagaan anda , ia sudah bukan sahaja satu kenalan atau lead. Ia untuk kesemua sekali – tetapi anda boleh guna Feeds Preference untuk laraskan mana satu yang akan dipaparkan kepada semua orang dalam organisasi

Inilah dimana anda perlu binakan peraturan berbeza yang anda boleh ikuti untuk keperluan tertentu yang anda mungkin ada. Anda boleh buat satu makluman apabila syarikat tertentu sampai ke tahap pendapatan tertentu dan banyak lagi. Ingat yang menekan butang create secara automatik bawa anda ke ruangan yang sama seperti butang Manage lakukan.

 

Activities

Saya tidak akan bazirkan masa disina kerana ianya agak berlebihan pada tahap ini, tetapi tab Activities memberi anda akses ke acara, panggilan, tugasan dan tawaran yang anda telah sediakan di tempat lain. Jika anda perlukan gambaran kesuluruhan tentang keadaan syarikat anda sekarang, pergi ke tab Acitivies. Anda boleh ubah suai, tapis dan mencipta pandangan baru untuk apa – apa data yang anda perlukan gambaran kesuluruhan.

Jika anda lebih suka senarai susun atur berbanding kolum, anda boleh laraskan pandangan itu juga.

Anda juga boleh membuat panggilan baru, acara dan tuugasan dari tab ini. Jadi ia sebenarnya gambaran keseluruhan Zoho CRM, bukan sebahagian darinya. Perkara yang anda tidak boleh lakukan di sini ialah sediakan persidangan video.

 

Tab Views (Penjejakan Pengguna)

Tab Views memang tidak masuk akal. Saya maksudkan dengan cara yang paling bagus yang mampu. Anda boleh lakukan banyak benda di dalam tab ini ia berlawan dengan akal. Rumusannya, tab inilah dimana anda tukarkan pelawat laman web anda kepada kenalan dan pelanggan di dalam Zoho CRM. Bila anda pertama kali tekan ke dalam tab ini, hanya tekan kedua – dua butang Get Started yang anda dipersembahkan mengikut susunan. CRM akan membawa anda melalui proses penyediaan laman web anda untuk menjejak pelawat.

Selepas itu selesai, ia akan membawa anda ke halaman persediaan. Di sini, Zoho memberi anda kod penjejakan yang anda akan tanam dalam section badan laman web anda. Saya sarankan untuk memastikan yang anda ‘uncheck’ kotak Hide Chat Icon. Kurang geseran di antara pelawat anda dengan anda selalunya bagus.

Kebanyakkan tema WordPress mempunyai bahagian untuk anda lakukan ini dengan senang (untuk skrip body, footer, dan header). Ini adalah contoh di mana anda meletakkan kod di dalam Divi. Ia dibawah papan pemuka pada Divi -> Theme Options -> Integration. Hanya tampal kod di dalam kotak berlabel Add code to the body. Pastikan juga pilihan berlabel Enable Body Code diaktifkan.

(Untuk tema WP yang lain, ruangan ini selalunya di pilihan tema ataupun di Appearance -> Customize.)

Selepas itu dimuat naik, mana – mana pelawat laman web anda akan dapa ikon live-chat di hujung skrin mereka. Jika ahli kumpulan anda tidak boleh didapati melalui live chat, pop up untuk itu akan menghanta emel yang akan muncul di Zoho CRM dan juga borang alamat emel pemilik yang disambungkan.

 

Mendapat Berita Tentang Pelawat.

Setiap kali ada pelawat dalam laman web anda, orang yang kumpulan anda wakilkan dalam borang akan mendapat pemberitahuan di belah kanan bahagian bawah ruangan CRM. Pemberitahuan ini merangkau ke seluruh halaman dan tab. Ahli kumpulan ini mampu menjejak aliran pengguna melalui laman web. Apabila ada mesej atau permohonan perbualan dihantar, ia juga akan muncul di sini.

Bila anda menekan pemberitahuan yang diluaskan itu, anda akan dapat lebih banyak maklumat tentang apa yang sedang berlaku. Dari mesej dan perbualan hingga ke info pelayar, sistem operasi, di mana pengguna masuk ke dalam laman web dan alamat IP mereka.

Maklumat mereka juga secara automatik ditambah ke Leads dan Zoho akan tambahkan mesejnya ke bahagian Notes. Semua ini dijejak dibawah tab Activites dan Feed. CRM juga membuat satu tugasan secara automatik untuk susulan dan kemudian Zoho melampirkannya ke ketua baru dan ahli kumpulan yang diwakilkan.

Lihat, maklumat berada dimana – mana. Secara automatik. Semuanya kerana tab Visits – seperti yang saya katakan – tidak masuk akal.

 

Reports

Rumusannya, anda akan melaportkan segala dan apa – apa yang telah berlaku dalam CRM anda. Dari ketua baru kepada panggilan hari ini kepada laporan prestasi setiap jurujual. Apa – apa maklumat yang anda perlukan, anda dapat.

Anda bukannya mendapat benda yang terlebih istimewa dalam pilihan laporan, tetapi ianya baik. Laporan ialah laporan ialah laporan. Ianya data dan metrik dan analisis untuk kaki data di luar sana. Itu sudah memadai.

 

Accounts dan Contacts

Walaupun ini adalah dua bahagian berbeza daripada Zoho CRM, anda tidak akan dapat melakukan perniagaan tanpa kedua – duanya sekali. Accounts adalah organisasi dan syarikat di mana anda melakukan perniagaan. Ini ialah Elegants Themes atau Automattic atau Nintendo. Contacts, pula, ialah orang yang berada dalam organisasi itu yang anda akan berhubung dengan – Nick Roach, Matt Mullenweg, Shigeru Miyamoto.

Anda boleh menggunakan bahagian ini dengan dua cara. Anda boleh buatkan satu akaun dulu, isikan semua maklumat penting (alamat, nombor telefon, industri, laman web, pendapatan, dll). Atau anda boleh buat akaun dari satu kenalan dengan menggunakan Quick Create: Account, kemudian pergi balik dan isikan data bersekutu nanti. Semua bergantung kepada anda.

Mencipta Melalui Tab Accounts.

Di dalam tab, hanya tekan “+” pada kanan atas dan isikan semua maklumat penting. Anda tidak boleh sekutukan kenalan dari skrin ini. Ini hanyalah untuk tambahkan maklumat organisasi.

Mencipta Melalui Tab Contacts

Tab Contacts mempunyai “+” yang sama pada hujung kanan atas untuk menambahkan kenalan baru. Jika anda ingin membuat satu akaun dan sekutukan dengan akaun yang sudah wujud, hanya tekan nama mereka. Anda akan dibawa ke skrin yang sama sama ada untuk mengisi atau mengubah maklumat kenalan. Tidak kira apa pun, ruangan Account Name ialah yang paling penting untuk bahagian ini.

Untuk sekutukan kenalan dengan akaun yang sudah wujud, sama ada tekan ruangan teks itu sendiri, yang akan mengaktifkan menu, atau anda boleh tekan ikon bangunan pejabat untuk membawa masuk satu modal. Untuk membuat satu akaun baru dan hubungkan kenalan itu kepadanya, tekan butang New Account dalam mana – mana pilihan. Tamatkan dengan Save and Associate. Hanya tekan Save akan membuat akaun itu tetapi tiada kenalan yang disekutukan dengannya.

Anda hanya boleh sekutukan Contacts dan Accounts melalui skrin ini sahaja. Anda tidak boleh melakukannya dari halamn profil Akaun, sila ingat. Lagi sekali, semua maklumat akan pop up di tab Feeds.

 

Deals

Deals ialah rekod dan alirang yang anda guna untuk simpan jejak dimana anda berada di dalam proses untuk menukarkan kenalan kepada lead kepada pelanggan. Kumpulan anda akan bergerak melalui corong dan langkah – langkah satu perjanjian. Akhir sekali, anda akan sama ada tutup perjanjian sebagai satu kemenangan atau tup satu perjanjian sebagai satu kekalahan. Membuat perjanjian itu, tetapi, adalah lebih kurang sama seperti ciptaan yang lain yang kita dah pernah lalui. Ianya ruangan yang sama, jadi kita akan terus ke halaman Deal itu sendiri

Profil Deal tidaklah berbeza dari halaman profil yang lain. Anda akan dapat New Task, New Event, New Call yang sama jenis seperti yang lain dan anda meletakkan info yang sama tentang Deal seperti yang anda lakukan dalam Account ataupun Lead. Tetapi kali ini, anda dapat tugaskan satu kenalan kepada Deal itu, dan ornag itulah yang akan berhubung dengan kumpulan anda. Anda tugaskan mereka pelbagai peranan, dari Purchasing ke Decision Maker, dengan cara ini anda boleh ketahu penglibatan semua orang dalam perjanjian ini.

Sementara anda kerja melalui perjanjian anda dengan orang – orang ini, halaman ini akan dikemas kini dengan maklumat yang seperti Leads, Contacts dan Accounts lakukan sebelum ini. Dengan cara ini,  anda boleh memastikan semuanya saling berkait.

Menukarkan Leads dan Contacts kepada Deals

Sebenarnya, anda mulakan dengan Lead yang nampak menjanjikan, anda boleh masuk ke profil Lead dan tukarkannya ke kenalan yang baru (atau tukarkannya ke kenalan yang sudah wujud). Bagaimana? Tekan butang hijau yang tulis Convert. Cukup menyenangkan.

Semasa proses ini, anda juga boleh mulakan Deal yang baru yang akan secara automatik mempunyai Contacts, Accounts, Notes dan Activities yang diperlukan ditugaskan dan bersambung bila – bila masa sahaja anda menekan simpan, atau dalam kes ini, Convert. Jika ada kenalan yang wuju dalam maklumat yang diberikan oleh Lead, anda boleh gabungkannya bersamanya, jika tidak, boleh sahaja cipta yang baru. Tiada hal.

Sebagai contoh, anda boleh lihat bila benda sedang ditukarkan, tugasan susulan yang dibuat untuk Lead semasa emel dihantar melalui laman web sekarang telah disenaraikan dalam Deal baru sekali dengan kenalan yang sudah ada, di mana jika sebaliknya tidak akan bersekutu dengan mana – mana. Hebat, ya?

Documents

Tab Documents boleh diakses daripada ellipsis icon dalam bar peralatan (tiga dot itu). Ianya terus terang dan senang. Anda boleh memuat naik dokumen, lagu, gambar, video dan kesuluruhan fail untuk terus disimpan dalam persekitaran Zoho CRM anda. Anda juga boleh tekan butang Create dan akses pemprosesan word, perisian spreadsheet dan pembuat presentation versi Zoho. Ianya berfungsi sama seperti Microsoft Office 365 ataupun Google Drive.

 

Tab Campaigns

Ciri penting terakhir Zoho CRM ialah tab Campaigns. Campaign adalah salah satu cara untuk menyusun leads dan corongi mereka melalui proses itu sehingga perjanjian ditutupkan ( dan menang, haraplah) Ianya kempen pemasaran dan anda tetapkan bajet, bentangkan jangkaan pendapatan dan perhatikan kos sebenar. Jenis kempen pemasaran berbeza, jadi anda mampu perhatinya melalui kategori – kategori yang lebih menjadi kebiasaan. Anda juga boleh laraskan taraf kempen bila – bila masa sahaja.

Selepas disimpan, anda akan dibawa ke halaman profil yang lebih dikenali untuk kempen itu. Anda akan dapat pilihan yang sama seperti biasa macam emel, tugasan, dan lain – lain. Tambahan pula, anda bole lampirkan dan buatkan Leads untuk kempen. Dengan cara itu, anda dan kumpulan anda dapat rekodkan proses mereka supaya mereka tidak mengulanginya.

Dan, anda akan anggapkannya pada bahagian ini, Campaign sekarang akan muncul di profil Lead.

Sekarang anda telah dapat melihat kecantikan Zoho CRM: semua makltumat yang anda perlukan berada di mana – mana yang anda berpotensi untuk memerlukannya. Ianya hebat.

Join us and get your free website now!

Subscribe to our website to receive your own website for free.

You have Successfully Subscribed!